Soalan Lazim

Soalan Lazim

Soalan Umum

Mengapa pilih Kolej Adelphi?
  • Program Diiktiraf – Kursus kami sepenuhnya diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan membawa kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

  • Kemudahan Mengikut Piawaian – Semua kemudahan latihan kami dibina mengikut dan melebihi piawaian kebangsaan, menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, moden dan lengkap.

  • Penginapan Di Kampus – Penginapan pelajar yang selesa dan mudah diakses disediakan di kampus.

  • Sokongan Kewangan – Pelajar yang layak boleh memohon pinjaman PTPTK untuk menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.

Bilakah kolej kami ditubuhkan?

Kolej Adelphi ditubuhkan pada tahun 2017. Sejak itu, kolej ini telah berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai program TVET berasaskan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Bagaimana kolej menyokong kejayaan dan kesejahteraan pelajar untuk masa depan?

Di Kolej Adelphi, kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dengan bilik darjah moden dan kemudahan penginapan di kampus. Pelajar juga mendapat sokongan akademik, bimbingan kerjaya serta peluang latihan industri untuk membantu mereka bersedia memasuki dunia pekerjaan. Selain itu, bantuan kewangan seperti pinjaman PTPTK turut disediakan bagi meringankan beban pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Apakah jenis diploma atau persijilan yang ditawarkan oleh kolej?

Kolej Adelphi menawarkan program Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dan Pengurusan Pejabat (OM). Selain itu, kolej juga menawarkan program kemahiran SKM dalam bidang Automotif, Seni Kulinari dan Pembuatan Pastri.

Apakah syarat kemasukan Kolej Adelphi?

Pelajar perlu memenuhi syarat 3M (membaca,menulis dan juga mengira)

Apakah syarat umur kemasukan TVET?

Syarat umur kemasukan TVET di Malaysia umumnya antara 16 hingga 45 tahun.

*Umur 17 tahun untuk kursus Penyeliaan pengasuhan dan Pendidikan perkembangan awal kanak-kanak

Apakah kursus yang disediakan oleh Kolej Adelphi?

Pelajar boleh belajar dalam bidang Automotif, Kulinari, Pastri, Pengurusan Pejabat, serta Penyeliaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE), bergantung kepada minat dan matlamat kerjaya mereka.

Apakah itu TVET?

TVET ialah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training)

Siapakah yang patut memilih TVET?
  • Pelajar yang minat belajar secara praktikal.
  • Pelajar yang ingin masuk ke pasaran kerja lebih awal.
  • Pelajar yang ingin menjadi usahawan kemahiran.
  • Lepasan SPM yang mencari laluan alternative ke universiti.
Adakah pinjaman atau bantuan kewangan disediakan?

Ya, pinjaman disediakan untuk pelajar TVET di Malaysia, skim pinjaman PTPK. Pinjaman PTPK merangkumi yuran pengajian dan sara hidup RM400 sebulan. (bergantung kepada terma & syarat PTPK)

Apakah peluang kerjaya selepas tamat pengajian?

Persoalan ini semakin kerap ditanya oleh pelajar lepasan SPM, ibu bapa, dan golongan dewasa yang ingin meningkatkan kemahiran demi masa depan kerjaya yang lebih stabil.

 

Statistik Kebolehpasaran Graduan TVET

Salah satu kekuatan utama TVET ialah kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi. Berdasarkan laporan terkini, lebih 95% graduan TVET berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.

 

Ini membuktikan bahawa:

  • Kemahiran yang dipelajari adalah selari dengan keperluan industri
  • Majikan lebih cenderung mengambil graduan yang boleh terus bekerja
  • TVET bukan sekadar alternatif, tetapi laluan kerjaya yang strategik
  • Majikan hari ini tidak hanya mencari kelayakan akademik, tetapi pekerja yang mempunyai kemahiran TVET yang boleh diaplikasikan serta-merta.
Bagaimana pelajar berpotensi boleh memohon ke kolej kami?

Pelajar boleh memohon dengan mengisi borang permohonan di laman web kami atau terus menghubungi kami melalui WhatsApp untuk bertanya tentang proses kemasukan. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin untuk memberikan panduan dan bantuan selanjutnya.

Apakah budaya dan persekitaran pembelajaran di kolej?

Kami berdedikasi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menyokong bagi pelajar kami, di mana mereka sentiasa terlibat dalam proses memperoleh ilmu pengetahuan setiap hari.

Apakah kisah kejayaan alumni terkenal dari kolej?

Kami berasa bangga dengan graduan kami yang berjaya dalam bidang pastri, kulinari dan bidang kemahiran lain. Mereka telah menamatkan pengajian dengan kemahiran yang praktikal dan bersedia menghadapi cabaran industri.

Boleh kongsikan gambaran ringkas mengenai kehidupan dan aktiviti di kampus?

Kehidupan di Kolej Adelphi sangat dinamik dan menyeronokkan. Pelajar dapat menikmati suasana kampus yang selesa dengan kemudahan lengkap, aktiviti menarik setiap hari, dan peluang untuk belajar sambil berinteraksi dengan rakan serta pensyarah.

Bagaimana Kolej Memprioritikan Kelestarian dan Inisiatif Alam Sekitar?

Kami sentiasa menggalakkan amalan mesra alam di kampus dan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar. Aktiviti seperti kitar semula, penjimatan tenaga, dan penggunaan sumber yang bertanggungjawab menjadi sebahagian daripada budaya harian di kolej.

Soalan anda tidak terdapat di sini? Hubungi kami dan kami akan gembira untuk membantu anda.